Follow Dashboard
~ Keistimewaan Seorang Wanita ~
Jumaat, 4 Januari 2013 @ 1:30 PTG | 0 Comment [s]

Assalammualaikum sahabt-sahabt sekalian ...
sblum tu ana nk ucapkan dlu ,,  Jazakallahu khairan kathira kpda sahabt-sahabt yg sudi follow blog ana neii ..
Salam ukhwah fillah dari ana ... (^^) semoga prsahabtan yg trjalin di antara kta mndapat redho dari ilahi .. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada ... :D 
okey lahh ,, alhmdulillah kta masih dberi ksempatan untk brnafs lg d pg jumaat yg penuh barakah ini .. sahabt-sahabt sekalian sihat k ? 

( Senyum Itu Satu Sedekah , Senyummm .... ^____^ )


okey sahabt-sahabt semua ,, insya-ALLAH dgn izinnya kli ini ana nk update skit tntang keistemewaan seorang wanita .. skit ja tau x bnyk mna ponn .. :D 

Wanita ... hemm ,, nk jadi kaum hawa nei tidk susah mna pon sbenarnya .. Tapi sahabt-sahabt ana sekalian ,, khususnya buat kaum hawa . Wanita nie senang ja nk msuk syurga TETAPI wanita juga senang  untk memasuki neraka .. 


Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

oleh itu kita sebagai kaum hawa kena pndai mnjaga tatatrtib kita , kesopanan kita dn yg pling pnting sekali kita hndklah Taat kpada printah ALLAH & RASUL .. bukn itu saja ,, malah kita juga hndaklah taat dgn kedua-dua ibu dn ayah kita dn juga Suami kita .. haa ,, itu wajibb tauu .. :)

Wanita dirimu ini begitu brharga ,, kenapa kaum hawa nei sngat brharga ?? sbb wanita ini ALLAH sygkan dy .. nk jadi wanita solehah tidk sukr mna .. kalian hnya ikut ap yg ALLAH suka dn Tnggalkn ap yg ALLAH larang . wanita ini juga drjat dy di sisi ALLAH sngatlah mulia . ALLAH sngat mlindungi kaum hawa . TAPI adkah kalian ikut ap dperintahnya dn tngglkn ap yg dlarangnya ?? ALLAHHUU .. :'( 

Buat para mujahidah-mujahidah sekalian , Kenapa ALLAH mletakkn syurga dbawah tapak kaki seorang ibu ? kenapa ? krana ALLAH thu yg seorang wanita ini sangat mulia ketika  dia digelar   menjadi seorang isteri yang boleh membantu perjuangan suami, menjadi seorang ibu yang melahirkan generasi idaman umat, menjadi anggota masyarakat yang berperanan dalam lingkungannya, dan menjadi seorang hamba yang takut pada Rabbnya.


[ " Begitu mulianya seorang wanita, sehingga Rasul mengatakan seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh." ]

wahai wanita sekalian ,, jga lh maruah mu dn juga dirimu sebagai seorang mujahidah ALLAH . 
 Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, tubuh yg dia tampilkan atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada.


Muslimah ku syg ,, pakaian mu juga mlmbangkan keperibadian mu .. Tutup lah auratmu syg . sesungguhnya bukalah aurat mu hnya untk muhrim mu shaja . Labuhkanlah jilbabmu ,, tutupkanlah kaki mu kerana kaki mu jga aurat wahai sygku ..

  " SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH " .


Allah Azza Wa Jalla menciptakan seorang wanita, dia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Allah Azza Wa Jalla membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.
Allah Azza Wa Jalla memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.
Allah Azza Wa Jalla memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.
Allah Azza Wa Jalla memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.
Allah Azza Wa Jalla memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
Allah Azza Wa Jalla memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.
Allah Azza Wa Jalla memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun dia perlukan.


Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, tubuh yang dia tampilkan atau bagaimana dia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada. ]


                           :: MULIANYA SEORANG WANITA ITU ::

1. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? 
Jawab Rasulullah,"Suaminya." 
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah, "Ibunya".
2. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
3. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
5. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
6. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
7. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
8. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
9. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
10. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
12. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun)
11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.
13. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
14. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
15. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
16. Wanita yang memberi minum air ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
17. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. 


Alhmdulillah , smpai snie dlu ya ana update ,, insya-ALLAH jika dberikan ksmpatan lg , ana akn share lg ilmu ana brsama-sama shabat sekalian ya .. Jika ad slah dn silap dri ana , ana hrap sahabt-sahabt semua maafkanlah ana . Tegurlah ana jika ad slah dari ana . Mohon maaf ye sahabt-sahabt sekalian . Ana sedia trima tguran dari sahabt-sahabt semua .. Yg baik dtangnnya dari ALLAH & yg buruk dtngnya dri ana .. Jgn lupe ye tngglkan coment sahabt-sahabt semua .. okey ,, sblum tu ana hadiah sdikit lagu buat sahabt-sahabt serjuangan ana sekalian . Terima lahh .. (^^)

 -MUSLIMAH-


Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
SubhanAllah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
Kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

( Untk Muslimah Ku)

( Seorang gadis biasa dn ingin syahid sebagai mujahidah ALLAH)


Itu sahaja dari ana untk shabt-sahabt ana ,, jga diri ya sahabt .. jgalah maruah mu sebagai seorang wanita . Maruah wanita itu hnya sekali shaja dlm Seumur hidupnya ~ Assif jiddan jika ad slah dn silap dari ana . Ilalliqa' wa Maas salamah .. Assalammualaikum ~

++ Ar-Rasul qudwatuna ++
++ Al-Quran dusturna++


                                                -MujaSyuhada-








Older Post | Newer Post


Assalamualaikum. Thanks coming into my blog. Leave your footstep at my tagboard. do follow me and hope u will come here again.syukran.wailalliqa' ^_^




DiaryAboutInfoSite

Archive